MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 03, 2023

SEDEKAH IKAN SEGAR KEPADA PELAJAR TAHFIZ YANG MEMERLUKAN

RM100 / 3.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

HADIRKAN KEBAHAGIAAN DENGAN BERKONGSI REZEKI BAGI MEMENUHI KEPERLUAN IKAN SEGAR UNTUK PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN YATIM DI MAAHAD KAMI.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengajak para dermawan agar berinfaq untuk memberikan bekalan ikan segar kepada 75 orang anak-anak tahfiz asnaf dan yatim di maahad kami. Peningkatan harga barangan dan makanan menjadi bebanan yang besar terhadap semua pihak terutamanya golongan yang kurang berkemampuan. Inisiatif kempen ini diadakan untuk membantu menjaga keperluan makanan harian mereka dan memberikan sokongan yang sangat diperlukan.




Ikan merupakan sumber makanan yang kaya dengan protein, omega-3, dan nutrien lain yang dapat memberikan energi dan meningkatkan fungsi kognitif. Ini sudah tentu akan membantu anak-anak tahfiz dalam proses pembelajaran dan menghafal Al-Quran. Dalam seminggu sebanyak 40 kilo ikan diperlukan bersamaan dalam anggaran RM400 perbelanjaan mingguan untuk memenuhi keperluan nutrisi bagi anak-anak tahfiz kami.



Oleh itu, ayuh menyumbang bermula dari RM10 pada hari Jumaat yang penuh berkat dan inilah peluang yang baik untuk mendukung pengajian anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Bersedekah pada hari Jumaat memang mempunyai kelebihan tersendiri dalam Islam dan memberi makan kepada orang-orang yang sedang menuntut ilmu adalah satu bentuk amal yang sangat mulia.



“Di hari kiamat nanti akan dikatakan kepada mereka, tariklah mereka yang pernah memberimu makan walau sesuap, memberimu minum walau seteguk, memberimu pakaian walau selembar peganglah tangannya dan tuntunlah mereka ke dalam syurga." (HR. Bukhari)



Berdasarkan hadis ini dapat mengingatkan kita akan pentingnya amal jariyah, iaitu amal kebajikan yang terus berterusan memberikan manfaat kepada orang lain selepas kita pergi. Tindakan baik seperti ini akan menjadi salah satu sebab untuk mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Semoga Allah SWT meluaskan pintu rezeki para dermawan yang mendukung dalam pengajian anak-anak tahfiz ini. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat