MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 07, 2025

MENJANA PAHALA AKHIRAT DALAM INFAQ UTILITI AIR BUAT PENGHAFAZ AL QURAN

RM505 / 16.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

27 Penyumbang

20 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH MENANAM BENIH AMAL SOLEH DALAM MEMBANTU DALAM PEMBAYARAN BIL UTILITI AIR MAAHAD TAHFIZ. GANJARAN PAHALANYA YANG SENTIASA MENGALIR BAKAL MENJADI SAHAM AKHIRAT KELAK.


Amalan membantu dengan menyumbang untuk pembayaran bil air bagi institusi agama mempunyai banyak kebaikan dan faedahnya. Memandangkan suasana ekonomi negara yang tidak menentu ini dengan kenaikan harga barangan pada hari ini sedikit sebanyak turut menjejaskan pembelanjaan rata-rata institusi tahfiz termasuk Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ini dalam memenuhi keperluan kewangan di sini.



Hasil sumbangan orang ramai ini, pihak maahad dapat menyediakan keperluan bekalan air bersih kepada anak-anak tahfiz dan para pendidik yang menetap di sini. Sumbangan ini mampu memastikan bahawa maahad tahfiz ini dapat menjalankan operasi harian dengan lancar dan stabil. Bekalan air yang mencukupi sangat diperlukan bagi kegiatan dan amalan agama seperti solat, mandi, membasuh pakaian, minuman dan lain-lain lagi.



Sehubungan itu, pihak kami dengan rendah hati membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan untuk merebut pahala dalam infaq membantu menampung kos bil utiliti ini. Setiap sumbangan bakal memberi manfaat yang bernilai kepada anak-anak tahfiz yang berjuang siang dan malam dalam menghafal Al-Quran.



Jom rebut peluang berinfaq ini di samping dapat meraih saham akhirat yang bernilai yang tidak putus-putus ini buat kita semua. Setiap sumbangan kalian ini menjadi nadi penggerak dalam usaha bagi melahirkan generasi Al-Quran yang berilmu dan berakhlak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 11, 2025

GAN THIAM SENG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2025