MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 23, 2023

DANA PEMBINAAN BILIK PENGAJIAN MAAHAD TAHFIZ

RM155 / 1.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BERINFAK BAGI MERAIH SAHAM AKHIRAT YANG TIDAK TERPUTUS BAGI MEMBANTU KOS PEMBINAAN BILIK PENGAJIAN UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK ASNAF DAN ANAK YATIM.


Pihak maahad tahfiz ingin memohon sumbangan infaq untuk pembinaan bilik pengajian pelajar dari muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT. Oleh kerana peningkatan bilangan pelajar di maahad kami ini, pihak maahad ingin menambah ruang untuk pelajar mengaji di maahad iaitu bilik pengajian untuk mereka. Bilik ini akan menjadi tempat yang penting bagi para pelajar kami untuk belajar, berdiskusi dan meningkatkan pemahaman agama mereka.




Projek pembinaan bilik pengajian ini masih dalam pembinaan tetapi, pihak maahad masih kekurangan dana untuk meneruskan projek ini hingga ke akhir. Pihak maahad sangat mengalu-alukan muslimin dan muslimat yang dermawan untuk melakukan sedikit pelaburan akhirat dengan kami untuk kita sama-sama membangunkan bilik pengajian buat para pelajar tahfiz yang datang daripada golongan asnaf dan anak yatim. Pihak kami mengharap dengan bantuan anda semua, projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar.




Tujuan kami adalah untuk membina bilik pengajian kerana ingin menciptakan persekitaran belajar yang nyaman dan kondusif di mana para pelajar dapat mengembangkan pengetahuan agama mereka dengan lebih baik. Kami juga yakin dengan adanya bilik pengajian yang sesuai, para pelajar kami akan lebih termotivasi untuk menghafaz dan memperdalam pemahaman mereka tentang al-quran dan ilmu agama. Dengan ilmu agama jugalah akan menghidupkan hubungan yang lebih mendalam dengan Allah SWT, sebagai tujuan hidup kita.



Akhir kata, pihak maahad ingin mengajak para dermawan sekalian untuk berinfak bermula dengan RM10 bagi membantu anak-anak tahfiz asnaf dan juga anak-anak yatim di maahad ini dapat menambah ilmu dengan kewujudan bilik ulangkaji yang selesa. Bilik ini akan menempatkan bahan-bahan dan buku-buku rujukan yang mencukupi, insyaAllah. Pihak maahad menghargai setiap sumbangan yang diberikan dan ianya akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi menjayakan projek pembinaan ini. Semoga bantuan ini akan membawa keberkatan dan manfaat bagi semua yang terlibat. Jazakumullahu khairan jaza atas keprihatinan dalam menyokong pendidikan para pelajar kami.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MARPOA BINTI BARLAN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2023

MOHAMAD AZLI RAZALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Oct 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat