MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 11, 2023

SEDEKAH DAGING KORBAN UNTUK ANAK TAHFIZ

RM110 / 1.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI HADIRKAN KEBAHAGIAN DENGAN SEDEKAH KORBAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN JUGA ANAK YATIM MISKIN. SETIAP HELAI BUKU HAIWAN DIBERI ALLAH 1 KEBAIKAN.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon sumbangan daripada para dermawan untuk sedekah daging korban kepada puluhan para pelajar tahfiz asnaf dan juga anak yatim miskin di maahad ini. Amatlah mulia hati seseorang itu apabila menghulurkan bantuan ketika diri sendiri juga hidup sederhana untuk membahagiakan dan mengembirakan golongan yang kurang berkemampuan di hari lebaran Aidiladha.



Ibadah korban sejatinya dapat dijadikan sebagai peluang keemasan untuk kita berkongsi dan membahagiakan saudara kita yang kurang mampu seperti golongan asnaf dan anak yatim miskin. Daging bagi mereka adalah hal yang dapat mereka nikmati setahun sekali iaitu ketika Hari Raya Aidiladaha. Golongan ini berharap akan ada daging yang dapat dihidangkan di meja makan untuk anak dan keluarga mereka.



Selain itu, ibadah korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Korban menjadi ibadah yang sangat istimewa di mata Allah ketika Hari Raya AidilAdha. Maka, tidak hairan jika umat Muslim berlumba-lumba menjadi bersedekah korban untuk hari istimewa tersebut demi membantu golongan yang kurang berkemampuan agar dapat menikmati daging korban.



Daging korban para penyumbang ini akan disalurkan kepada para penghafal Al-Quran yang setiap hari sentiasa melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. InsyaAllah pahala dan kebaikan dari setiap hurufnya juga akan mengalir kepada para dermawan. Khas untuk anda yang kurang berkemampuan melaksanakan ibadah korban pada tahun ini tetapi mahu turut sama memberi makan kepada anak-anak tahfiz yang kurang berkemampuan di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah, ayuh bersama-sama pihak maahad dalam membuat amal sedekah korban di Pekan Ayer Hitam.



Justeru, mari tingkatkan amal ibadah kita untuk berkongsi hadirkan daging kepada pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim miskin melalui sedekah daging korban dan korban ini adalah sebagai bukti ketaqwaan dan pengorbanan kalian kepada Allah SWT. Jazakumullahu khairan jaza’.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat