MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 09, 2023

BANTU INFAQ BIL ELEKTRIK MAAHAD TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM165 / 5.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

ALIRKAN HARTA DI JALAN KEBAIKAN DENGAN BANTU INFAQ UNTUK MENAMPUNG BAYARAN BIL ELEKTRIK DI MAAHAD TAHFIZ ASNAF DAN ANAK-ANAK YATIM.


Dengan penuh ikhlas dan rendah hati kami mengajak semua saudara dan saudari yang dermawan untuk menyumbang dengan infaq bagi membantu menampung bayaran kos elektrik bulanan Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah yang mempunyai anak-anak asnaf dan yatim sedang berjuang menuntut ilmu agama dan belajar Al-Quran. Sumbangan ini akan menghadirkan cahaya kepada pengajian mereka dan membantu meringankan beban kos elektrik yang perlu dibayar setiap bulan.


Kos bulanan yang mencapai hampir RM3,000 untuk bil elektrik merupakan beban yang sangat besar bagi Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Dalam Islam, ditekankan betapa pentingnya memberi sedekah dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan.  Ini adalah salah satu cara yang paling mulia untuk membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik terutama terhadap golongan yang sedang berjihad menuntut ilmu.


Dengan bekalan elektrik yang mencukupi dan berterusan para pelajar kami dapat menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran dan keagamaan di maahad. Ini akan membantu mereka dalam usaha mereka untuk menghafal dan memahami Al-Quran dengan lebih baik dalam mengejar impian mulia mereka menjadi huffaz yang cemerlang dunia dan akhirat.



Oleh itu, mari segera mengejar pahala dan kebaikan dengan berinfaq untuk menampung bil elektrik bulanan di maahad kami demi keselesaan dan kemudahan para pelajar kami untuk beribadah dan belajar Al-Quran. Jangan tangguhkan peluang baik ini bagi mendapatkan pahala dan keberkatan daripada Allah SWT serta menjana saham akhirat. Jazakumullahu khairan jaza.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat