RAYUAN BERAS UNTUK ANAK YATIM DAN FAKIR TERPINGGIR

Dimulakan pada:
07 Oct, 2025
RAYUAN BERAS UNTUK ANAK YATIM DAN FAKIR TERPINGGIR
100.03%
RM15,005
/RM15,000
477
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

“Beri kami beras, lauk kami cari di laut” begitulah permintaan komuniti laut di Sabah yang mempunyai anak-anak yatim. Ayuh infaq hari ini sekampit beras berkualiti, satu kampit RM32 sahaja.
Terdapat 85 anak-anak yatim dan keluarrga mereka dari Lahad Datu dan Semporna yang kami biayai keluarga mereka dengan paling kurang bantuan beras. Mereka adalah komuniti laut, yang tinggal di rumah at...
“Beri kami beras, lauk kami cari di laut” begitulah permintaan komuniti laut di Sabah yang mempunyai anak-anak yatim. Ayuh infaq hari ini sekampit beras berkualiti, satu kampit RM32 sahaja.


Terdapat 85 anak-anak yatim dan keluarrga mereka dari Lahad Datu dan Semporna yang kami biayai keluarga mereka dengan paling kurang bantuan beras. Mereka adalah komuniti laut, yang tinggal di rumah atas air dan pulau-pulau terpencil. Bagi mereka, ada beras sudah cukup, lauk mereka cari di laut!




Setakat ini, kami sudah menyalurkan hampir 1,000 kampit beras sejak bulan awal tahun ini. Kami juga menyalurkan bantuan beras kepada seramai mungkin miskin tegar lagi terpinggir di lokasi-lokasi yang sama di Sabah.



Selain itu, melalui “Project Hugs” kami juga memberikan pendidikan akademik dan pengajian Islam secara percuma untuk anak-anak mereka.



Dengan sokongan anda, kami juga dapat menambah makanan asasi lain seperti garam, gula, kicap, minyak dan sebagainya untuk fakir dan miskin tegar dan terpinggir ini. Allah SWT memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan sebagaimana dalam firman-Nya:


"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan. (Surah al-Insan, Ayat 8)



Kami perlukan sokongan anda untuk menaja beras bagi 3 bulan akan datang.  Ayuh, menyumbang sekarang!


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

05 Nov 2025


Alhamdulillah, dengan sumbangan anda kami sampaikan bantuan kepada keluarga yang amat dhaif dan terpinggir. Terima kasih terus menyokong usaha murni ini.


Beginilah antara rumah-rumah yang kami ziarah dan bantu. Tidakkah berbaloi membantu menghilangkan kelaparan mereka?

Jom, terus menyokong kempen ini.

Kami juga ingin membantu bina semula rumah yang lebih selamat, sila rujuk kempen lain dan beri sokongan anda!

26 Oct 2025


Pada 24/10/2025, sebanyak 150 kampit beras telah disampaikan ke Pulau Kulapuan, Sabah untuk asnaf miskin terpinggir yang kehilangan punca pendapatan kerana cuaca buruk dan ribut petir menyukarkan mereka keluar menangkap ikan.



Disamping itu, seramai 18 keluarga yang mempunyai anak-anak yatim juga diberikan sumbangan bakul makanan (bantuan makanan penuh) dan ini merupakan bantuan bulanan yang ke 7.


Terima kasih atas sumbangan anda. Insya Allah kami akan teruskan sumbangan bulanan khususnya untuk anak-anak yatim pada bulan hadapan.


Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 28, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

KERUSI RODA SEDEKAH SEBAGAI PENCETUS SEMANGAT
SEDEKAH KITAB DAN BUKU ILMU PENGAJIAN UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM
DANA TAHUNAN BAGI AKTIVITI KEMASYARAKATAN PENDUDUK
ZAHIRKAN RASA SYUKUR DENGAN HADIAHKAN PENDUDUK SOMALIA KOMPLEKS AIR BERSIH
SEDEKAH BARANGAN DAPUR DAN BERAS KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK YATIM MISKIN JOHOR
Kempen Sumbangan Tamat