Adik Nur Aqilah berusia 7 bulan telah menjalani pembedahan trakeostomi pada Mei 2022, di mana tiub pernafasan diletakkan di tekak untuk merawat keadaan kesukaran pernafasan bayi disebabkan Severe laryngomalacia atau masalah pernafasan kronik. Tiub yang digunakan sekarang adalah untuk kegunaan jangka masa pendek sahaja. Kos untuk membeli tiub baru untuk kegunaan jangka masa panjang adalah sebanyak RM255.


Selain itu, adik ini juga dalam perancangan hospital untuk menjalani pembedahan Direct Laryngoscopy dan Teletracheobronchoscopy dengan anggaran kos bagi pembedahan tersebut adalah sebanyak RM3000 dan ibu pesakit dikehendaki membayar deposit sekurang-kurangnya RM2800 bagi membolehkan pesakit masuk ke dalam wad bagi tujuan pembedahan.

Kos susu, makanan tumbesaran dan perubatannya setiap bulan mencecah RM600. Ibu kepada pesakit merupakan ibu tunggal kepada 6 orang anak termasuk pesakit dan mengalami kesukaran pembiayaan rawatan hospital dari segi kewangan.
وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا.
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”
(Surah Al-Muzzammil: 20)
Jom #BuatBaik!

Alhamdulillah, kami telah berikan sebahagian dana kepada pemohon. Pihak kami tidak mampu untuk pergi ke rumah mereka disebabkan jarak perjalanan untuk kesana memakan masa selama 10 jam dengan kenderaan. Kami masih menunggu maklum balas dari pemohon untuk update kepada kami perkembangan mereka. InshaaAllah setelah maklum balas dari mereka seperti gambar bukti, kami akan salurkan kesemuanya kepada pemohon.
Terima kasih di atas jasa baik anda membantu dalam menjayakan kempen ini. Kita doakan adik Aqilah sihat sentiasa. Amin.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini