MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 22, 2023

BANTU INFAQ PENAPIS AIR UNTUK PELAJAR TAHFIZ

RM1,057 / 13.21 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

68 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU INFAQ PENAPIS AIR UNTUK PELAJAR TAHFIZ. SEMOGA ALLAH MERAHMATI PARA DERMAWAN SEKALIAN.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah ingin memohon sumbangan infaq untuk membantu kami menyediakan dua buah penapis air coway bagi anak-anak tahfiz. Terdapat puluhan anak yatim dan majoriti para pelajar tahfiz di sini adalah daripada golongan asnaf yang belajar di maahad ini. Justeru, kami berhasrat menyediakan dua buah penapis air agar para pelajar mendapat bekalan air minuman yang mencukupi setiap hari bagi menghilangkan dahaga mereka yang sepanjang hari siang dan malam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.



Umum mengetahui bahawa air merupakan bahan kedua terpenting selepas oksigen. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa tubuh badan kita memerlukan sekurang-kurangnya dua liter atau lapan gelas setiap hari. Tambahan pula anak-anak tahfiz yang siang malam menggunakan suara bagi membaca dan menghafaz Al-Quran sudah semestinya mereka memerlukan air yang mencukupi setiap hari.




Selain itu, tubuh badan manusia tidak mungkin boleh hidup tanpa kehadiran air kerana fungsinya adalah membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan serta membantu dalam sistem perkumuhan. Justeru, air yang bersih amat perlu untuk para pelajar menjalani kehidupan seharian di maahad agar mereka kekal sihat beribadah dan bersemangat untuk belajar seterusnya menghafaz Al-Quran.




Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para penyumbang yang sama-sama membantu atas jalan ketaqwaan untuk berinfaq bagi menyediakan bekalan air minuman yang bersih dan sihat buat 75 orang para pelajar di maahad kami. Semoga dengan adanya penapis air coway itu kelak mencetuskan semangat untuk mereka menimba ilmu di maahad dan memberi sinar kegembiraan kepada para pelajar. Apa yang kalian infaqkan insyaAllah akan menjadi sedekah jariyah yang pahalanya berkekalan hingga ke akhirat kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 29, 2023

NORHAMAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat