MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 11, 2023

BANTU INFAQ DANA MESIN PENAPIS AIR BERSIH UNTUK PELAJAR TAHFIZ

RM50 / 1.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUHLAH MEMBANTU PARA PENGHAFAZ AL-QURAN INI DENGAN MENGINFAQ MESIN PENAPIS AIR BERSIH. REBUTLAH SAHAM AKHIRAT YANG TIDAK AKAN TERPUTUS DENGAN HILANGKAN DAHAGA ANAK-ANAK TAHFIZ.


مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

(Surah al-Baqarah: 261)


Bismillahirahmanirrahim, saya mewakili AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah, Ayer Hitam, Kedah ingin memohon kepada muslimin dan muslimat untuk membantu pihak maahad menyediakan sebuah penapis air coway untuk kegunaan anak tahfiz kami di sini menyediakan bekalan air minuman bersih yang mencukupi untuk penuntut di sini.




Untuk pengetahuan umum, air merupakan bahan kedua terpenting selepas oksigen. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa tubuh badan kita memerlukan sekurang-kurangnya dua liter atau lapan gelas setiap hari. Tambahan pula anak-anak tahfiz yang siang malam menggunakan suara bagi membaca dan menghafaz Al-Quran sudah semestinya mereka memerlukan air yang mencukupi setiap hari. Sehubungan dengan itu, pihak maahad membuka peluang infaq bagi merialisasikan hajat dan hasrat pihak maahad menyediakan sebuah penapis air untuk minuman para pelajar dan dan untuk kegunaan aktiviti masakan harian maahad tahfiz.




Akhir kata, pihak maahad mengalu-ngalukan infaq daripada muslimin dan muslimat atas saling bantu membantu atas jalan Allah SWT. Pihak maahad mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan infaq daripada anda yang telah berinfaq membantu pihak maahad melahirkan pembela-pembela agama Allah SWT yang sedang berjihad menghafal Al-Quran dan menyimpan Al-Quran di dalam dada mereka. Semoga dengan infaq kalian membantu membakar semangat mereka berjihad di jalan Allah menjadi pembela agama Allah. Segala tindakan dan jasa baik daripada pihak anda amatlah kami hargai dengan ucapan ribuan terima kasih. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD AKRAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2023

MUHAMAD AMIN BIN MD SARIF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 12, 2023

MUHAMMAD AKRAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 12, 2023

Kempen Sumbangan Tamat