MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 16, 2023

BANTUAN PEMBINAAN RUANG ULANGKAJI DAN MENGAJI PELAJAR TAHFIZ

RM475 / 6.79 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MEMOHON SUMBANGAN UNTUK BANTUAN PEMBINAAN RUANG MENGAJI DAN BELAJAR PELAJAR TAHFIZ SECEPAT MUNGKIN. SEMOGA SUMBANGAN KALIAN DIRAHMATI ALLAH SWT.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka tabung infaq bagi menyiapkan projek pembinaan bilik ulangkaji untuk pelajar maahad menambah ilmu pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang ilmu agama. Ini bertujuan bagi melahirkan generasi ulul albab yang beramal dengan tuntutan Al-Quran seterusnya mereka menyebarkan ilmu Al-Quran dalam masyarakat selepas tamat pengajian kelak.




Oleh itu, pihak maahad sangat mengalu-alukan muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah untuk melakukan pelaburan akhirat dengan kami untuk kita sama-sama membangunkan bilik ulangkaji buat para pelajar tahfiz yang datang daripada golongan asnaf dan anak-anak yatim. Mungkin pada anda, RM10 itu sedikit. Namun, ianya amat besar bagi pihak maahad untuk menjayakan projek pembinaan ruang ulangkaji ini. Sebagaimana sabda Nabi SAW:


“Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap kaum muslimin” (HR Imam Ibnu Majjah)



Menuntut ilmu merupakan ibadah yang mulia dan agung. Islam menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap paling tinggi kerana tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar, iaitu mencari keredhaan Allah SWT. 



Akhir kata, pihak maahad mengajak muslimin dan muslimat berinfaq RM10 bagi membantu anak-anak tahfiz asnaf dan juga anak-anak yatim di maahad ini dapat menambah ilmu dengan kewujudan bilik ulangkaji yang selesa yang akan menempatkan bahan-bahan dan buku-buku rujukan yang mencukupi Insyaallah. Semoga Allah memudahkan jalan para penyumbang ke syurga kelak dengan asbab bantu menyediakan fasiliti yang selesa dan kondusif di maahad agar anak-anak soleh ini bersemangat untut menuntut ilmu. InsyaAllah. Jazakallahu khairan Jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Jun 23, 2023

JOHN RAMBO

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat