JOM BANTU BAITUL ANSAR UNTUK WARGA EMAS, MUALAF DAN GELANDANGAN

RM680 / 22.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

34 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BANTU BAITUL ANSAR MEMBANTU GOLONGAN YANG TIDAK BERKEMAMPUAN SEPERTI MUALAF, WARGA EMAS DAN GELANDANGAN. SIFAT BANTU MEMBANTU ANTARA ORANG ISLAM DISEMAI DEMI KELANGSUNGAN UMMAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baitul Ansar adalah sebuah rumah konsep yang diwujudkan untuk membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Seperti mana golongan Ansar membantu golongan Muhajirin semasa hijrah ke Madinah dulu, maka konsepnya diambil sebagai panduan.



Baitul Ansar memilih untuk membantu golongan muallaf, gelandangan dan warga emas sebagai golongan sasar. Golongan ini wajar dibantu apatah lagi sekiranya mereka ini tidak mempunyai saudara-mara atau kenalan. Bantu membantu adalah konsep semasa berlakunya Hijrah ke Madinah. Konsep ini lah yang pihak Komuniti Ihsan terapkan dalam membantu mereka ini.


Pada masa yang sama Baitul Ansar tidak melupakan tugas berdakwah kepada golongan ini. Memberikan kekuatan keimanan sebenarnya adalah satu usaha dakwah supaya golongan ini dapat mengharungi kehidupan dengan penuh ketaqwaan dan keimanan.



Secara umumnya Baitul Ansar adalah sebuah konsep rumah perlindungan dimana rumah ini membantu golongan yang disebutkan tadi. Konsep bantu membantu diterapkan bagi menyumbang ke arah membantu umat Islam. Pahala sentiasa mengalir bagi mereka yang menolong umat Islam yang lain.



"Orang mukmin itu akrab dan bersatu. Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak bersatu dan tidak akrab." (HR. Ahmad, Ath-Thabarani dan Al Hakim).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2022

ALLAYARHAM RAPIAH BINTI AHMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM150.00

Sep 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat