INFAQ BAIK PULIH SURAU KHUSUS DI KAWASAN PEDALAMAN SARAWAK

Dimulakan pada:
13 Apr, 2023
INFAQ BAIK PULIH SURAU KHUSUS DI KAWASAN PEDALAMAN SARAWAK
13.13%
RM2,625
/RM20,000
107
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat-sahabat sekalian dalam membantu memperkukuhkan rumah ibadah umat Islam di pedalaman Sarawak. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.

Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar beberapa peralatan yang telah usang dan juga menambah beberapa peralatan lain berikutan keadaan semasa yang tidak sama seperti dahulu. Mungkin dahulu penggunaan satu unit mikrofon sudah mencukupi, namun kini pihak surau memerlukan lebih dari satu unit.

Paling menyedihkan ialah apabila kami menjalankan program sumbangan beras dan bakul makanan di kawasan luar bandar ini, kami melihat sendiri bagaimana ketika hujan, air akan mengalir melalui lubang atap yang bocor. Hal ini disebabkan keadaan surau tersebut yang agak usang dan sememangnya memerlukan perhatian segera untuk dibaikpulih agar ianya menjadi keselesaan bagi umat Islam yang menggunakan surau berkenaan.

Kami tidak mempunyai kekuatan yang kuat, namun sedikit sebanyak kami cuba membantu surau yang terletak dI Pulau Bruit tersebut untuk menukar bahagian siling surau berkenaan yang usang dan membahayakan jemaah. Barangan kami yang akan belikan dan AJK surau serta penduduk kampung bergotong-royong untuk menyiapkannya agar ianya dapat memberikan keselesaan kepada jemaah. Penduduk kampung bersama dalam membantu untuk meringankan kerja tersebut dan bekerjasama agar surau di kawasan berkenaan dapat digunakan dalam keadaan yang selamat.

Kami dari pihak persatuan merayu jasa baik tuan dan puan yang dermawan sekali untuk membantu hasrat kami ini agar kita dapat memastikan lebih banyak surau di kawasan pedalaman ini akan dapat dibaiki mana yang kurang bagi keselesaan jemaah kita.

Di kala kita masih di dalam penghujung bulan Ramadhan ini, ayuhlah kita bersama-sama dalam menyumbang bagi memastikan hasrat ini dapat dijayakan. Biarlah kita berlumba-lumba untuk membuat kebaikan di penghujung bulan Ramadhan ini. Insya-Allah berkat usaha kita semua, ianya akan menjadi asbab kebaikan bukan sahaja kepada diri kita malah kepada seluruh ahli keluarga kita sekali.

Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu khair.

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

12 May 2023

12 MEI 2023

Syukur ke hadrat Ilahi kerana tuan puan sekalian telah menyumbang dan berniat untuk membantu menjayakan kempen ini. InshaAllah setelah kempen ini tamat kelak, wang sumbangan tersebut akan diagihkan mengikut seperti yang telah kita rancang.

Namun dikesempatan yang masih ad aini, ayuhlah kita terus menyumbang agar kempen ini berjaya mencapai objektifnya. Saya mewakili seluruh ahli persatuan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua dermawan sekalian atas usaha kita bersama ini.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 16, 2023
HA
HA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 09, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

DANA PEMBELIAN RUMAH PERLINDUNGAN UNTUK PENEMPATAN KEKAL ANAK YATIM DAN ASNAF
DANA BANTUAN KEPERLUAN KOS OPERASI BUAT ANAK YATIM DAN ASNAF
SELAMATKAN MASA DEPAN RIBUAN ANAK YATIM
PROGRAM BANTU KEBUTUHAN DAN PENDIDIKAN ANAK YATIM PIATU
INFAQ ATAS NAMA IBUBAPA UNTUK PELAJAR ULA
Kempen Sumbangan Tamat