MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 05, 2023

TABUNG SUMBANGAN BUKU DAN BAHAN BACAAN ILMIAH KEPADA PELAJAR TAHFIZ

RM65 / 2.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI SOKONG PENGAJIAN ANAK-ANAK PELAJAR DI MAAHAD KAMI DENGAN BERINFAQ UNTUK MENGHADIRKAN BUKU-BUKU AGAMA DAN BAHAN BACAAN ILMIAH KEPADA MEREKA.


Kata Syaikh As Sa’di rahimahullah, “Manusia dikeluarkan dari perut ibunya ketika lahir tidak mengetahui apa-apa. Lalu Allah menjadikan baginya penglihatan dan pendengaran serta hati sebagai jalan untuk mendapatkan ilmu.”


Ilmu agama adalah harta yang paling bernilai dan melalui pengetahuan ini, akan dapat memperdalam ilmu untuk menjadi lebih baik di dunia ini sebagai hamba Allah. Maahad ialah tempat untuk memupuk cinta kepada Al-Quran dan ilmu agama dalam diri pelajar-pelajar. Ia juga menjadi tempat di mana generasi muda dapat mendalami ilmu agama dan memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam.



Untuk pengetahuan, MTAQNH Lil Banat baru memasuki bulan ke 8 penubuhannya. Bilangan pelajar kami setakat ini ialah 20 orang yang terdiri daripada asnaf dan anak-anak yatim. Sebagai sebuah maahad tahfiz swasta dan masih baru, sudah tentu terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan diatasi.


Selaras dengan perkembangan maahad, sebuah perpustakaan mini akan diwujudkan untuk memenuhi keperluan ilmiah para pelajar kami. Bahan bacaan yang ingin ditempatkan di perpustakaan ini kelak adalah bersesuaian lingkungan umur para pelajar yang berumur antara 9 hingga 16 tahun.



Sehubungan itu, pihak maahad membuka peluang menabung pahala kebaikan untuk berinfaq bagi menyediakan kemudahan buku-buku agama dan ilmiah untuk menwujudkan budaya ‘iqra iaitu membaca dalam kalangan pelajar muslimat di sini. Selain membaca dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran, anak-anak pelajar kami di sini juga gemar akan bahan bacaan berilmiah untuk menambah ilmu pengetahuan mereka.



Akhir kata, mari menyumbang untuk menyediakan bahan bacaan bermanfaat kepada pelajar kami. Selagi mana buku-buku tersebut terus dibaca, selama itulah pahala dan manfaat turut dinikmati oleh para dermawan, baik ketika hidup mahupun selepas meninggal dunia. Mari berlumba-lumba menjadikan amalan sedekah atau infaq sebagai salah satu cara memperbanyakkan amal soleh bagi meraih ganjaran pahala sedekah jariah yang tidak putus-putus daripada Allah SWT. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat