MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 24, 2023

SEDEKAH AIR MINUMAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN YATIM

RM75 / 2.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTULAH GOLONGAN PENCINTA AL QURAN INI DENGAN MENGHULURKAN SUMBANGAN IKHLAS AIR MINUMAN KEPADA MEREKA. JADIKAN HARTA DUNIA MENJADI SAHAM AKHIRAT YANG KEKAL.


“Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia…” Kemudian Anas berkata lagi, “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Baginda manjawab, “Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Quran dan mengamalkannya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.” (HR. Ahmad)


Pihak maahad mengajak saudara-saudari mewujudkan rasa syukur dengan menyayangi dan membantu para pelajar kami dengan berinfaq bekalan air minuman kepada mereka. Mari menjadi hamba yang penyayang kepada anak yatim, asnaf dan penghafaz Al-Quran. Sedekah air minuman ini akan membantu memenuhi keperluan harian mereka dan menyokong perjuangan menuntut ilmu yang mereka lakukan.



Bantuan air minuman ini akan membantu dalam menjaga kesihatan para pelajar di maahad kami bagi mengelakkan mereka daripada terkena strok haba dan penyakit berkaitan salur pernafasan. Hal ini kerana keadaan cuaca yang panas dan berjerebu ketika ini di bahagian utara memerlukan pengambilan air yang mencukupi. Keperluan akan air minuman bersih yang mencukupi adalah sangat penting bagi memastikan mereka kekal terhidrasi dan kesihatan mereka terjamin.



Di dalam Islam memberikan air minuman kepada yang memerlukan adalah amalan yang mendatangkan ganjaran besar terutamanya terhadap ahlul Quran. Setiap hari anak-anak pelajar di maahad ini berdedikasi dalam membaca, menghafaz, memahami dan menerapkan ajaran-ajaran Al-Quran dalam kehidupan mereka. Golongan ahli Quran dihormati dan dicintai oleh Allah kerana usaha keras mereka dalam menjalankan tugas suci ini.




Akhir kata, dengan sedikit harta yang kita miliki ayuh menyumbang air minuman kepada anak-anak pelajar di maahad kami. Semoga setiap bacaan doa dan lantunan ayat suci Al-Quran yang dibaca setiap hari oleh anak-anak tahfiz ini menjadi pemberat timbangan dan amal jariyah kepada para dermawan yang akan terus mengalir pahalanya serta menjadi saksi pembela di akhirat nanti.


Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KHAIRIL RIZAL BIN ROHIM DAN NUR NABILAH ABDUL AZIZ

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Oct 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat