MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 30, 2024

AIR BERSIH SUCI BUAT PELAJAR TAHFIZ

RM635 / 21.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KAMI MEMBUKA PELUANG KEPADA PARA PENYUMBANG UNTUK SAMA-SAMA MEREBUT GANJARAN PAHALA YANG SENTIASA MENGALIR SELAMA PARA HUFFAZ MENGGUNAKAN BEKALAN AIR BERSIH.


Alhamdulillah, pihak maahad mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang telah disalurkan sebelum ini oleh para penyumbang sekalian dalam membantu pusat tahfiz ini bagi menyediakan keperluan dan kemudahan buat para pendamping Al-Quran yang berhasrat menjadi hafiz Al-Quran. Pihak maahad ingin membuka peluang kepada para penyumbang yang mulia untuk berinfak bagi bekalan air bersih demi memastikan anak-anak yatim tahfiz dan asnaf dapat belajar ilmu dengan selesa dan aman.



Sepertimana yang kita sedia maklum, dalam Islam, air memiliki peranan yang sangat utama dalam menjalani ibadah seharian seperti wudhu, mandi, dan sebagainya. Begitu juga dalam aspek kehidupan harian di maahad ini air digunakan untuk memasak makanan, minuman, cuci pakaian, membersihkan diri mereka dan lain-lain lagi kegunaan anak-anak yatim dan asnaf serta para asatizah yang mengajar di sini.



Sejak kebelakangan ini, pihak maahad mengalami kenaikan bil air. Hal ini disebabkan penggunaan air yang meningkat dalam kalangan pelajar kerana bilangan pelajar semakin bertambah dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, berkat infaq yang mulia ini sedikit sebanyak membantu meringankan kos pembayaran bil air di maahad ini seterusnya menjadikan proses pembelajaran pelajar berjalan dengan lebih lancar dan stabil .


“Barang siapa memudahkan urusan orang yang di dalam kesusahan, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadith Riwayat Muslim: 2699)



Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:


إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ


Maksudnya: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

(Hadith Riwayat Muslim :1631)


Ayuh, kita menyemai kasih terhadap anak-anak yatim tahfiz dan asnaf ini dengan menyumbang infaq bermula RM10 bagi bekalan air bersih ini. Semoga dengan sumbangan ini, menjadi sedekah jariah sekaligus mendapat pahala yang mengalir buat kalian selagi mana air tersebut digunakan untuk kemudahan dan keselesaan anak-anak ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2024

Kempen Sumbangan Tamat